Apa itu ASAS 50? pernah dengar tentang ASAS 50? ASAS 50 atau nama panjangnya Angkatan Sasterawan 50 telah melibatkan tokoh seperti Usman Awang, Abdul Samad Ismail, Keris Mas, Jimy Asmara, Masuri SN, Mas dan juga Asraf.
Kenapa ASAS 50 ini ditubuhkan? Mesti anda tertanya-tanya dan mungkin juga ada sesetengah orang kita tidak tahu apa ujuan ASAS 50 ini ditubuhkan. Berikut adalah tujuan ASAS 50 ditubuhkan:
Memperluas dan mempertinggikan mutu Sastera Melayu
Ahli-ahli ASAS 50 telah bersepakat untuk bersama-sama berjuang bagi memperluas dan mempertinggikan status kesusasteraan dan juga kebudayaan orang Melayu yang juga telah menjadi unjang dan tulang belakang bangsa yang majmuk di Tanah Mekayu sekitar tahun 1950-an. mereka banyak mempelajari bidang karangan tentan sastera seperti cerita, lakonan, buku, rencana, pengetahuan, kebudayaan dan peradaban Melayu. Tambahan pula mereka juga telah mengubah dan mencipta perkara-perkara di atas yang mengandungi aliran dan fikiran yang maju untuk disiarkan dan diterbitkan, mengatur dan mengadakan syarahan serta perdebatan tentang segala lapangan sastera dan menyatakan sebarang usaha karang mengarang tentang bahasa dan satsera.
Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis atau para pengarang
ASAS 50 juga telah mengariskan matlmatnya untuk menjaga dan melindungi anggotanya dari segi undang-undang dan peraturan negara. Ahli- ahli ASAS 50 akan mendapat perlindungan undang-undang dan hak yang sewajarnya sebagai penulis atau pengarang.menentukan bayarang mengikut harga karangan yang dihasilkan. Di samping itu, membantu sasterawan dalam memajukan cita-cita dan kewangan. Mereka juga memberi perlindungan di sisi undang-undang, jika tulisan ahli terkeluar dari pada undang-undang mereka akan mempelajari undang-undang negeri yang berhubung dengan penerbitan.
Mengadakan pembaharuan dalam sastera
ASAS 50 juga mengariskan matlamat pertubuhannya di mana ahli-ahlinya akan mengadakan dan menerima pembaharuan – pembaharuan dalam bidang sastera dan bahasa selari dengan perkembangan zaman. Tetapi dalam hal yang sama Asas 50 tidak akan menghapuskan khazanah dan langgam sastera lama yang telah diwarisi demi untuk kemajuan sastera dan bahasa Melayu. .Memaju dan memperbaiki bahasa Melayu dalam penghasilan karya sastera. Mengubah, mencipta, membasmi dan membina perkataan-perkataan untuk memperkayakan bahasa dan sastera.
Bahasa dan Kesusasteraan mestilah dijadikan alat untuk perpaduan kebangsaan dan perjuangan kemerdekaan. Bahasa dan kesusasteraan adalah alat untuk memajukan fikiran rakyat, sesuai dengan cita-cita keadilan masyarakat . Ini semua seperti yang termaktub dalam Kongres Bahasa 1956 seperti yang tercatat dalam Memoranda ASAS 50.
Kesusasteraan hendaklah mengubah nilai yang usang kepada baru. kesusasteran ini juga berfungsi sebagai alat untuk memneri kesedaran kepada rakyat yang masih lena di pangkuan penjajah dan memberi semangat dalam diri dengan kesedaran kemerdekaan terutama dalam bidang sastera dari segi teknik. kebanyakkannya jelas terlihat pada tulisan-tulsan tokoh ASAS 50 ini dalam Utusan Zaman dan mastika mahupun dalam ceramah di corong radio.
Apa itu 'seni untuk seni' dan 'seni untuk masyarakat'?
Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang kritikan sastera. Tulisan kritikan sastera ASAS 50 banyak tersiar dalam majalah Mastika dan Utusan Zaman .Penghasilan tulisan kritikan sastera ASAS 50 memperjuangkan slogan "Seni Untuk Masyarakat" dan fungsi kesusasteraan kepada masyarakat. namun begitu, berlaku perdebatan antara Asraf "Seni Untuk Masyarakat" dengan Hamzah "Seni Untuk Seni" menyebabkan Hamzah keluar dari ASAS 50. Pengkritik ASAS 50 adalah Asraf, Keris Mas dan Hamzah. Tulisan kritikan Asas 50 "Mencari Pembaharuan Dalam Kesusasteraan Melayu" dan "Esei Sastera ASAS 50" (Antologi Esei Kritikan bersama) karya Araf. ”Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama) dan "Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972" (antologi bersama) karya Keris Mas.
Secara ringkasnya, seni untuk seni tidak memberi apa-apa lebih kepada diri sendiri berbanding seni untuk masyarakat. Seni untuk masyarakat ini lebih menonjol dan banyak memberi sumbangan. Seni ini memang wajar untuk dipertontonkan kepada umum