Thursday, October 17, 2019

kritikan untuk sajak pendosa

Assalamualaikum, dan salam sejahtera semua. Baiklah, untuk coretan blog saya pada kali ini saya akan membuat kritikan untuk antologi Sajak Pendosa yang diselenggarakan oleh Dr. Lokman Abdul Samad. Dr. Lokman Abdul Samad merupakan salah seorang tenaga pengajar di Universiti Malaysia Sabah.

Pengenalan
 Apa itu puisi dan apa itu sajak? Adakah dua perkara ini sama atau berbeza? Persoalan ini memang selalu bermain di minda kita dan kita akan sentiasa mempertikaikan perkara ini. Ada sesetengah orang berpendapat bahawa puisi dan sajak ini adalah benda yang sama. Segelintir pula berkata puisi dan sajak dua perkara berbeza dari segi pengolahan dan penulisannya. Sajak merupakan satu subtopik yang tergolong dalam puisi. Puisi mempunyai makna yang sama dengan perkataan poezie dalam bahasa Belanda. Dalam bahasa Yunani dan Latin, puisi dikenal sebagai 'poietes'. Dalam bahasa Inggeris pula dikenal sebagai 'poetry'. Menurut Hashim Awang dalam buku Teman Pelajar Kesusasteraan, terbitan Fajar Bakti (1984), puisi adalah karangan berangkap yang ditulis dengan cara susunan kata yang mementingkan irama, bunyi dan kiasan. Puisi merupakan alat pengucapan fikiran yang terindah dan berkesan. Antara bentuk puisi yang terkenal termasuklah pantun, syair, seloka, gurindam, dan sajak.

Latar belakang kajian
Buku antologi Sajak Pendosa ini telah mengumpulkan sebanyak 79 buah sajak di mana di dalam buku tersebut banyak mengandungi unsur moral, ketuhanan dan keagamaan. Buku ini dihasilkan  daripada hasil gabungan beberapa orang penulis lama dan juga baru. Mengapa buku antologi sajak ini dinamakan Sajak Pendosa? Bak kata Dr. Lokman sendiri, "dosa adalah salah satu rantai rohani yang telah membelenggu manusia. Apakah ada insan suci yang bebas daripada melakukan dosa? Benar setiap jiwa akan melakukan dosa. Tapi, berapa ramai yang percaya tanpa dosa kita tidak akan kenal Yang Maha Esa. Terima kasih dosa kerana tanpamu aku tidak kenal Tuhanku." Bila terbitnya buku ini, ramai yang mengkritik tajuk bukunya kerana lain-lain orang lain juga pendapatnya. Namun, intipati atau isi dalam memaknakan lagi tajuk yang tersirat itu.

Permasalahan kajian
Ramai masyarakat di luar sana tidak dapat mengenal pasti dan juga tidak mengerti sebenar-benarnya erti setiap ungkapan yang disampaikan oleh penulis. Bahkan ramai yang tidak tahu dan menolak persoalan-persoalan sebenar yang cuba diketengahkan oleh penulis. 

Dapatan kajian
Saya telah membaca beberapa sajak yang terkandung dalam buku antologi Sajak Pendosa tersebut. Di sini saya akan membuat kritikan dan merungkaikan makna disebalik kata-kata itu.

1. Hakikat Makna Yang Dalam oleh Adlin

Fahamkan makna hakikat dalam-dalam
pandangan syariat bingung sekali
melihat ertinya makan dalam
hakikat bukan semua faham
orang awam lemas lalu karam
kerana menghukum diri buat-buat faham...

Tulisan sajak ini mengatakan jika kita ingin fahamkan sesuatu perkara, pelu selidiki dan fahami betul-betul. disebabkan ego, kita merasakan diri kita benar-benar faham telah menghancurkan diri sendiri melalui fahaman kita sendiri tanpa selidiki. Apabila berkata-kata, kita tidak berhati-hati bahkan kita kadang-kadang berasakan diri hebat seperti Tuhan. Kita bukan tuhan bahkan kita selama-lamanya hambaNya. Jangan berkata besar takut nanti menjadi sesat lalu kufur. Sentiasalah bertaubat dengan apa yang kita lakukan dan setiap apa yang kita lontarkan.

2. Bila Layar Dibuka oleh Adzimhud

Guruku berkata benar 
bila perahu membuka layar
ia akan terus berlayar nakhodanya harus seorang tegas
mengharungi badai taufan halilintar...

Alam kehidupan manusia adalah seperti sebuah pelayaran. Dalam kehidupan kita haruslah sentiasa membuat amal di mana kita tidak mengharap sebuah balasan. Maksudnya di sisi, setiap apa yang kita lakukan mestilah berdasarkan niat kita dan jangan sesekali mendekatkan diri kepada rsauah kerana rasuah akan memkan diri sendiri.

3. Apa Lagi Yang Dicari oleh Adnin

Tuhan tak pernah sembunyi
insan menzalimi diri sendiri
insan memilih sendiri
lari untuk menyakini...


Penulis melakarkan coretannya mengatakan kita selalu menzalimi diri sendiri dan kufur kepadaNya. Walhal, kita tahu bahawa Tuhan itu tidak pernah sembunyi. Kita selalui meragui kebenaran yang sudah termaktub di dalam kitab suci al-quran. Mengapa kita perlu meragui sesuat kebenaran itu? Insaf dan taubat Nasuha adalah sebaik-baiknya jalan untuk kita kembali kepadaNya dan berserah kepadaNya segala-galanya.

4.  Bersama Tuhan oleh Hajirikusyuk

Allah itu tidak terpisah 
oleh jauhnya jarak
dan tidak terikat oleh ruang dan waktu
Jauhnya tidak berjarak...

Allah itu sentiasa ada. Dia selalu dekat dengan kita. Cuma kita selalu menjauhkan dariNya. Kita begitu sombong bahkan melupakan Pencipta Yang Maha Esa. Apabila kita merasakan diri itu tinggi kerana selalu dilimpahi rezeki kita lupa akan Tuhan kita Yang Esa. Namun, kita tahu pula mencari Tuhan dan sedar silap sendiri bila diri sudah tiada apa-apa dan berasa hina. 



5. Syahid Dalam Amarah oleh Adiaulhaq

Hawa nafsu sentiasa tercela
nafikan kebenaran
lari dari kenyataan
seret insan
dalam alam khayalan
dunia macam syurga...


Coretan ini sangat mendalam. Penulis menyeru manusia agar kembali ke pangkal jalanNya. Kita begitu lalai dengan dosa sendiri dan tidak dapat menawan nafsu yang menggeledak di jiwa. Apa yang dilarang olehNya, itu jugalah kita buat. Kita bagaikan sentiasa hidup dalam fantasi yang kita reka yang realitinya adalah kita mencipta dosa sendiri. Kita terlalu taksub dengan dunia sehinggakan sanggup menolak kebenarannya di akhirat bagaimana. Amarah sentiasa menggununung di dalam jiwa. Penuh dendam sehingga ia menguasai jiwa dan diri kita untuk terus hanyut dalam mencipta dosa.




Wednesday, September 11, 2019

Apa itu ASAS 50? pernah dengar tentang ASAS 50? ASAS 50 atau nama panjangnya Angkatan Sasterawan 50 telah melibatkan tokoh seperti Usman Awang, Abdul Samad Ismail, Keris Mas, Jimy Asmara, Masuri SN, Mas dan juga Asraf.

Kenapa ASAS 50 ini ditubuhkan? Mesti anda tertanya-tanya dan mungkin juga ada sesetengah orang kita tidak tahu apa ujuan ASAS 50 ini ditubuhkan. Berikut adalah tujuan ASAS 50 ditubuhkan:

Memperluas dan mempertinggikan mutu Sastera Melayu
Ahli-ahli ASAS 50 telah bersepakat untuk bersama-sama berjuang bagi memperluas dan mempertinggikan status kesusasteraan dan juga kebudayaan orang Melayu yang juga telah menjadi unjang dan tulang belakang bangsa yang majmuk di Tanah Mekayu sekitar tahun 1950-an. mereka banyak mempelajari bidang karangan tentan sastera seperti cerita, lakonan, buku, rencana, pengetahuan, kebudayaan dan peradaban Melayu. Tambahan pula mereka juga telah mengubah dan mencipta perkara-perkara di atas yang mengandungi aliran dan fikiran yang maju untuk disiarkan dan diterbitkan, mengatur dan mengadakan syarahan serta perdebatan tentang segala lapangan sastera dan menyatakan sebarang usaha karang mengarang tentang bahasa dan satsera.

Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis atau para pengarang
ASAS 50 juga telah  mengariskan matlmatnya untuk menjaga dan melindungi anggotanya dari segi undang-undang dan peraturan negara. Ahli- ahli ASAS 50 akan mendapat perlindungan undang-undang dan hak yang sewajarnya sebagai penulis atau pengarang.menentukan bayarang mengikut harga karangan yang dihasilkan. Di samping itu, membantu sasterawan dalam memajukan cita-cita dan kewangan. Mereka juga memberi perlindungan di sisi undang-undang, jika tulisan ahli terkeluar dari pada undang-undang mereka akan mempelajari undang-undang negeri yang berhubung dengan penerbitan.

Mengadakan pembaharuan dalam sastera
  ASAS 50 juga mengariskan matlamat pertubuhannya di mana ahli-ahlinya akan mengadakan dan menerima pembaharuan – pembaharuan dalam bidang sastera dan bahasa selari dengan perkembangan zaman. Tetapi dalam hal yang sama Asas 50 tidak akan menghapuskan khazanah dan langgam sastera lama yang telah diwarisi demi untuk kemajuan sastera dan bahasa Melayu. .Memaju dan memperbaiki bahasa Melayu dalam penghasilan karya sastera. Mengubah, mencipta, membasmi dan membina perkataan-perkataan untuk memperkayakan bahasa dan sastera.

Bahasa dan Kesusasteraan mestilah dijadikan alat untuk perpaduan kebangsaan dan perjuangan kemerdekaan. Bahasa dan kesusasteraan adalah alat untuk memajukan fikiran rakyat, sesuai dengan cita-cita keadilan masyarakat . Ini semua seperti yang termaktub dalam Kongres Bahasa 1956 seperti yang tercatat dalam Memoranda ASAS 50.

Kesusasteraan hendaklah mengubah nilai yang usang kepada baru. kesusasteran ini juga berfungsi sebagai alat untuk memneri kesedaran kepada rakyat yang masih lena di pangkuan penjajah dan memberi semangat dalam diri dengan kesedaran kemerdekaan terutama dalam bidang sastera dari segi teknik. kebanyakkannya jelas terlihat pada tulisan-tulsan tokoh ASAS 50 ini dalam Utusan Zaman dan mastika mahupun dalam ceramah di corong radio.

Apa itu 'seni untuk seni'  dan 'seni untuk masyarakat'?
Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang kritikan sastera. Tulisan kritikan sastera ASAS 50 banyak tersiar dalam majalah Mastika dan Utusan Zaman .Penghasilan tulisan kritikan sastera ASAS 50 memperjuangkan slogan "Seni Untuk Masyarakat" dan fungsi kesusasteraan kepada masyarakat. namun begitu, berlaku perdebatan antara Asraf "Seni Untuk Masyarakat" dengan Hamzah "Seni Untuk Seni" menyebabkan Hamzah keluar dari ASAS 50. Pengkritik ASAS 50 adalah Asraf, Keris Mas dan Hamzah. Tulisan kritikan Asas 50 "Mencari Pembaharuan Dalam Kesusasteraan Melayu" dan "Esei Sastera ASAS 50" (Antologi Esei Kritikan bersama) karya Araf. ”Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama) dan "Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972" (antologi bersama) karya Keris Mas.

Secara ringkasnya, seni untuk seni tidak memberi apa-apa lebih kepada diri sendiri berbanding seni untuk masyarakat. Seni untuk masyarakat  ini lebih menonjol dan banyak memberi sumbangan. Seni ini memang wajar untuk dipertontonkan kepada umum