Assalamualaikum, dan salam sejahtera semua. Baiklah, untuk coretan blog saya pada kali ini saya akan membuat kritikan untuk antologi Sajak Pendosa yang diselenggarakan oleh Dr. Lokman Abdul Samad. Dr. Lokman Abdul Samad merupakan salah seorang tenaga pengajar di Universiti Malaysia Sabah.
Pengenalan
Apa itu puisi dan apa itu sajak? Adakah dua perkara ini sama atau berbeza? Persoalan ini memang selalu bermain di minda kita dan kita akan sentiasa mempertikaikan perkara ini. Ada sesetengah orang berpendapat bahawa puisi dan sajak ini adalah benda yang sama. Segelintir pula berkata puisi dan sajak dua perkara berbeza dari segi pengolahan dan penulisannya. Sajak merupakan satu subtopik yang tergolong dalam puisi. Puisi mempunyai makna yang sama dengan perkataan poezie dalam bahasa Belanda. Dalam bahasa Yunani dan Latin, puisi dikenal sebagai 'poietes'. Dalam bahasa Inggeris pula dikenal sebagai 'poetry'. Menurut Hashim Awang dalam buku Teman Pelajar Kesusasteraan, terbitan Fajar Bakti (1984), puisi adalah karangan berangkap yang ditulis dengan cara susunan kata yang mementingkan irama, bunyi dan kiasan. Puisi merupakan alat pengucapan fikiran yang terindah dan berkesan. Antara bentuk puisi yang terkenal termasuklah pantun, syair, seloka, gurindam, dan sajak.
Latar belakang kajian
Buku antologi Sajak Pendosa ini telah mengumpulkan sebanyak 79 buah sajak di mana di dalam buku tersebut banyak mengandungi unsur moral, ketuhanan dan keagamaan. Buku ini dihasilkan daripada hasil gabungan beberapa orang penulis lama dan juga baru. Mengapa buku antologi sajak ini dinamakan Sajak Pendosa? Bak kata Dr. Lokman sendiri, "dosa adalah salah satu rantai rohani yang telah membelenggu manusia. Apakah ada insan suci yang bebas daripada melakukan dosa? Benar setiap jiwa akan melakukan dosa. Tapi, berapa ramai yang percaya tanpa dosa kita tidak akan kenal Yang Maha Esa. Terima kasih dosa kerana tanpamu aku tidak kenal Tuhanku." Bila terbitnya buku ini, ramai yang mengkritik tajuk bukunya kerana lain-lain orang lain juga pendapatnya. Namun, intipati atau isi dalam memaknakan lagi tajuk yang tersirat itu.
Permasalahan kajian
Ramai masyarakat di luar sana tidak dapat mengenal pasti dan juga tidak mengerti sebenar-benarnya erti setiap ungkapan yang disampaikan oleh penulis. Bahkan ramai yang tidak tahu dan menolak persoalan-persoalan sebenar yang cuba diketengahkan oleh penulis.
Dapatan kajian
Saya telah membaca beberapa sajak yang terkandung dalam buku antologi Sajak Pendosa tersebut. Di sini saya akan membuat kritikan dan merungkaikan makna disebalik kata-kata itu.
1. Hakikat Makna Yang Dalam oleh Adlin
Fahamkan makna hakikat dalam-dalam
pandangan syariat bingung sekali
melihat ertinya makan dalam
hakikat bukan semua faham
orang awam lemas lalu karam
kerana menghukum diri buat-buat faham...
Tulisan sajak ini mengatakan jika kita ingin fahamkan sesuatu perkara, pelu selidiki dan fahami betul-betul. disebabkan ego, kita merasakan diri kita benar-benar faham telah menghancurkan diri sendiri melalui fahaman kita sendiri tanpa selidiki. Apabila berkata-kata, kita tidak berhati-hati bahkan kita kadang-kadang berasakan diri hebat seperti Tuhan. Kita bukan tuhan bahkan kita selama-lamanya hambaNya. Jangan berkata besar takut nanti menjadi sesat lalu kufur. Sentiasalah bertaubat dengan apa yang kita lakukan dan setiap apa yang kita lontarkan.
2. Bila Layar Dibuka oleh Adzimhud
Guruku berkata benar
bila perahu membuka layar
ia akan terus berlayar nakhodanya harus seorang tegas
mengharungi badai taufan halilintar...
Alam kehidupan manusia adalah seperti sebuah pelayaran. Dalam kehidupan kita haruslah sentiasa membuat amal di mana kita tidak mengharap sebuah balasan. Maksudnya di sisi, setiap apa yang kita lakukan mestilah berdasarkan niat kita dan jangan sesekali mendekatkan diri kepada rsauah kerana rasuah akan memkan diri sendiri.
3. Apa Lagi Yang Dicari oleh Adnin
Tuhan tak pernah sembunyi
insan menzalimi diri sendiri
insan memilih sendiri
lari untuk menyakini...
Penulis melakarkan coretannya mengatakan kita selalu menzalimi diri sendiri dan kufur kepadaNya. Walhal, kita tahu bahawa Tuhan itu tidak pernah sembunyi. Kita selalui meragui kebenaran yang sudah termaktub di dalam kitab suci al-quran. Mengapa kita perlu meragui sesuat kebenaran itu? Insaf dan taubat Nasuha adalah sebaik-baiknya jalan untuk kita kembali kepadaNya dan berserah kepadaNya segala-galanya.
4. Bersama Tuhan oleh Hajirikusyuk
Allah itu tidak terpisah
oleh jauhnya jarak
dan tidak terikat oleh ruang dan waktu
Jauhnya tidak berjarak...
Jauhnya tidak berjarak...
Allah itu sentiasa ada. Dia selalu dekat dengan kita. Cuma kita selalu menjauhkan dariNya. Kita begitu sombong bahkan melupakan Pencipta Yang Maha Esa. Apabila kita merasakan diri itu tinggi kerana selalu dilimpahi rezeki kita lupa akan Tuhan kita Yang Esa. Namun, kita tahu pula mencari Tuhan dan sedar silap sendiri bila diri sudah tiada apa-apa dan berasa hina.
5. Syahid Dalam Amarah oleh Adiaulhaq
Hawa nafsu sentiasa tercela
nafikan kebenaran
lari dari kenyataan
seret insan
dalam alam khayalan
dunia macam syurga...
Coretan ini sangat mendalam. Penulis menyeru manusia agar kembali ke pangkal jalanNya. Kita begitu lalai dengan dosa sendiri dan tidak dapat menawan nafsu yang menggeledak di jiwa. Apa yang dilarang olehNya, itu jugalah kita buat. Kita bagaikan sentiasa hidup dalam fantasi yang kita reka yang realitinya adalah kita mencipta dosa sendiri. Kita terlalu taksub dengan dunia sehinggakan sanggup menolak kebenarannya di akhirat bagaimana. Amarah sentiasa menggununung di dalam jiwa. Penuh dendam sehingga ia menguasai jiwa dan diri kita untuk terus hanyut dalam mencipta dosa.
No comments:
Post a Comment