Thursday, October 17, 2019

orang miskin dilarang ketawa

 ORANG MISKIN DILARANG KETAWA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. diharapkan semua yang membaca coretan saya pada  kali ini. Orang miksin tidak layak untuk ketawa. Kenapa mereka dilarang untuk ketawa? Pada pandangan umum,orang miskin dilarang ketawa adalah perkara yang tidak logik dan munasabah. Jika bagi kita semua, tidak kira apa pun pangkat kita semua berhak untuk ketawa. 

          Pastinya ramai orang akan menolak falsafah kerana berfikir kenapa orang miskin tidak boleh ketawa? Mungkin juga akan bertanya pada diri sendiri adakah orang miskin ini tidak layak untuk mengecapi kebahagiaan sehingga mereka menolak falsafah tersebut. Namun begitu, disebalik kenyataan ini ada makna yang tersendiri. 

              TAHUKAH ANDA?

              Dalam konteks ini, miskin tidak merujuk langsung kepada kekayaan dan darjat seseorang. Kemiskinan dalam perbincangan ini adalah merujuk kepada kepada kemiskinan hati seseorang  dan jiwa mereka. Orang miskin jiwa adalah orang yang sentiasa hidup dalam keadaan tidak bahagia walaupun harta banyak melimpah ruah. Akan tetapi disebaliknya ialah orang kaya jiwa adalah orang yang sentiasa bahagia walaupun tidak memiliki sebarang harta

                   Sebagai contoh yang boleh kita ambil ialah rakyat Palestin di luar sana. Walaupun mereka tidak mempunyai sebarang harta dan sering ditindas namun mereka itulah kaya jiwanya kerana mereka meletakkan Allah nombor satu dan percaya pada kehendakNya. Hal ini demikian kerana mereka sentiasa percaya bahawa kebenaran Islam dan percaya pada agama Allah adalah kebahagiaan yang abadi bahkan mereka ilhlas atas apa yang menimpa mereka. Apalah guna seseorang memiliki harta yang banyak namun hatinya tidak tenteram dan miskin jiwanya?

                              Harta tidak melambang kebahagiaan sebenar manusia namun tahap kekayaan jiwa menjadi ukuran kebahagiaan sebenarnya.

                               Kesimpulannya, falsafah 'orang miskin dilarang ketawa' adalah suatu falsafah menarik dan mempunyai makna tersirat di sebaliknya. Kita tidak boleh menolak sebulat-bulat suara falsafah ini.



No comments:

Post a Comment