Thursday, October 17, 2019

melayu bukan islam

Pengenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk blog pada kali ini, saya akan berkongsi satu perkongsian yang agak menarik iaitu siapa Melayu. Sebenarnya isu Melayu ini sudah hangat dibincangkan oleh ramai orang suatu ketika dahulu yang melibatkan orang yang berpendidikan turut menyentuh perkara ini bahkan orang di luar sana.

Asal Usul Melayu

Melayu atau orang Melayu asalnya dahulu dari Palembang di Indonesia. Dikatakan orang Bali di Indonesia beragama Hindu-Jawa. Orang Bali juga merupakan Melayu tetapi tidak masuk Islam. Orang Melayu juga terdapat dalam kitab sanskrit yang disebut sebagai 'Malayadvipa'. Ptolemy (90-168 CE) merupakan ahli geografi Mesir mencatatnya sebagai 'Maleu-Kono'. Melayu juga merupakan satu kumpulan yang tergolong dalam  rumpun Austronesia. 

Melayu sebenarnya bukanlah satu bangsa yang hanya wujud di Malaysia tetapi orang Melayu telah lama wujud sekian lama di Kepulauan Melayu ( Malay Archipelago ). Kepulauan yang terletak di antara Lautan India dan Lautan Pasifik ini mengunjur sejauh 4000 batu dari timur ke barat dan 1300 batu dari utara ke selatan dan juga merupakan kepulauan yang terbesar di dunia.
Kepulauan Melayu dibentuk oleh beribu-ribu buah pulau kecil dan pulau-pulau besar seperti Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina dan termasuk juga Semenanjung Malaysia. Sebelum berlakunya banjir besar yang menenggelamkan Pentas Sunda dan tamadunnya kira-kira 10 000 tahun yang lalu, kumpulan kecil yang terletak di atas  Pentas Sunda dipercayai bersmabung sebagai satu tanah besar yang memudahkan pergerakan dan interaksi manusia di atasnya.
Akibat daripada kejadian banjir besar ini, sebahagian penduduk di Pentas Sunda terpaksa berhijrah dan mereka ini dipercayai telah memulakan penempatan baharu di Asia Timur dan Kepulauan Pasifik.
Ada juga teori luar yang mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari Yunan namun telah ditolak oleh orang Melayu kerana Melayu memang berasal dari rantau Melayu sendiri.
Melayu ditakrifkan melalui dua iaitu takrifan politik dan akademik. Berdasarkan takrifan politik di Malaysia pada suatu ketika dahulu orang Melayu mestilah Islam namun tidak pula bagi takrifan akademik. Melalui takrifan akademik orang Melayu adalah semua bangsa (orang yang tinggal di Kepulauan Melayu dan menggunakan bahasa Lingua franca bahasa Melayu).
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Tanah Melayu terletak di Asia Tenggara. Para sejarawan mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan tarikh sebenar kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Agama Islam dipercayai mula datang ke Asia Tenggara pada abad ke-7 masihi iaitu sejak zaman Rasulullah SAW melalui peranan pedagang Islam yang berdagang di Tanah Melayu. Abdullah Ishak (1990): Agama Islam terus berkembang di Nusantara pada zaman Khulafa' al-Rasyidin, Kerajaan Bani Umayyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan Kerajaan Islam yang seterusya.

Pandangan Barat terhadap Melayu
Frank Sweethenham mengatakan bahawa orang Melayu itu sangat buruk kerana suka meminjam, suka menhumpat, tidak mudah menerima perubahan dan malas. Ada suatu kisah di mana, orang Inggeris ini ingin meminjam tandas namun sebaliknya orang Inggeris mencaci orang Melayu sebagai pengotor. Orang Melayu tidak ada istilah 'tandas' kerana pada masa itu mereka menggunakan istilah 'buang ke air'atau 'buang ke laut' sebab mereka tidak mempunyai tandas pada ketika itu.
Mereka juga mengatakan bahawa orang Melayu suka mengamuk kerana orang Melayu sifatnya simpan sabar. Para penulis kolonial sentiasa mencari sisi buruk orang Melayu bahkan sejarah orang Melayu dikritik melalui teori sahaja.
Kesimpulan
Melalui perkongsian saya ini jelaslah membuktikan bahawa Melayu itu bukan Islam sebenar-benar jika ditakrifkan berdasarkan akademik. Hal ini demikian kerana Melayu telah lama wujud sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu lagi. Harap anda mendapat pencerahan daripada perkongsian ini.









No comments:

Post a Comment